Tuesday 30 October 2012

Gerhana

Semasa pergerakan bulanannya mengelilingi Bumi, Bulan kadang-kala terpaksa melalui depan Matahari. Pada ketika itu bahagian gelap Bulan berputar ke arah bumi, sebagaimana ditunjukkan di dalam gambarajah; dan oleh kerana bahagian ini tidak memancar, Bulan tidak kelihatan. Ketika mana ia bergerak antara Bumi dan Matahari, ia melindungi sebahagian permukaan matahari,
Semasa peredaran bulanannya mengelilingi Bumi, Bulan kadang-kala mesti melintas di hadapan Matahari. Pada ketika itu, bahagian gelap bulan menghadap ke arah bumi, dan disebabkan bahagian ini tdak membalikkan cahaya, bulan tidak dapat dilihat. Ketika ia bergerak antara Bumi dan Matahari, ia menutup sebahagian permukaan Matahari, bayangan berbentuk gigitan kelihatan pada permukaan Matahari, dan ia bertambah besar ketika gerhana berterusan. Sekiranya Bulan menutup Matahari sepenuhnya, gerhana penuh berlaku dan atmosfera Matahari kelihatan seketika dengan gambaran mengkagumkan.
Biasanya ia mustahil untuk melihat atmosphera Matahari dengan mata kasar atau dengan teleskop biasa, kerana ia ditenggelami oleh silauan Matahari itu sendiri. Bagaimanapun, apabila Bulan bertindak sebagai tabir, gambaran sepenuhnya terdedah—gas bak kilauan permata yang memancar yang dikenali sebagai korona, dan juga suar merah menyala yang menjulang dari permukaan suria. Kesemua gerhana penuh berlaku dalam tempoh skitar lapan minit. Sebaik sahaja sebahagian daripada bahagian matahari keluar, korona dan julangan tersebut tenggelam; dan Bulan bergerak tenang dalam peredarannya, dan gerhana pun tamat.
Walaupun orang-orang Cina mempercayai bahawa seekor naga sedang cuba menelan matahari, dan mereka perlu menghalau naga tersebut dengan menjerit, memukul gong, dan periuk bagi membuat bising, mereka tahu bahawa setiap gerhana akan diikuti oleh gerhana berikutnya setiap lapan belas tahun dan sebelas hari kemudian, dan dengan mengira dengan menggunakan tempoh Soros mereka boleh bersedia. Kadang kala kesilapan berlaku, dan terdapat satu kisah mashyur mengenai dua orang pakar astronomi istana malang, Hsi dan Ho, yang dihukum bunuh kerana gagal menjangka gerhana matahari. Ia mungkin sekadar lagenda, tetapi tidak dipertikaikan lagi bahawa ramalan gerhana telah dibuat oleh manusia yang hidup 4,000 tahun dahulu.
Gerhana matahari tidak berlaku setiap bulan, kerana laluan atau orbit bulan jelas menyenget, dan dalam kebanyakan kes bulan yang gelap, oleh itu tidak dapat dilihat melintasi dibahagian atas atau di bawah Matahari di langit, dengan itu tiada gerhana berlaku.

Sains


Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadaya.

Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains.
Setiap pakar sains perlu berhati-hati apabila memberi penerangan mengenai sesuatu yang mereka kaji. Mereka bertanding untuk memberikan penjelasan yang lebih baik. Boleh jadi sesuatu penjelasan itu menarik, tetapi jika ia tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh pakar sains lain, kajian seterusnya perlu dilakukan lagi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik.
Pakar sains juga memeriksa idea pakar sains lain. Ini kerana pakar sains juga merupakan manusia, yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jadi pakar sains perlu mempastikan bahawa idea yang digunakannya adalah betul. Peer review dan mengulangi eksperimen beberapaka kali merupakan satu-satunya cara untuk mempastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat.
Inilah yang dipanggil kaedah saintifik. Kebanyakan orang menerima kaedah ini sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia, badan manusia atau binatang dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa sains merupakan suatu proses yang berterusan, apa yang benar hari ini mungkin kurang tepat dalam masa 100 tahun lagi.

Sistem Solar


Sistem solar ialah Matahari dan semua objek yang mengorbitnya.  Objek-objek yang mengorbit Matahari ialah 8 planet iaitu;


1.   Utarid (Mercury)

2.   Zuhrah (Venus)

3.   Bumi

4.   Marikh (Mars)

5.   Musytari (Jupiter)

6.   Zuhal (Saturn)

7.   Uranus

8.   Neptun (Neptune)
sistema20solar
Sistem Solar




Terdapat tiga planet kerdil iaitu Pluto, Ceres dan Eris, manakala ada 170 bulan-bulan yang mengelilingi planet-planet tersebut, dan berbilion objek-objek yang lebih kecil, termasuk asteroid, objek lingkaran Kuiper, komet, meteoroid dan debu angkasa.




Empat planet yang paling dekat dengan Matahari ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, dan Marikh, yang juga dipanggil planet-planet terestrial kerana permukaannya yang padu.  Empat planet gergasi yang terletak di luar orbit Marikh ialah Jupiter, Saturn, Uranus, dan Neptune, dikenali sebagai gergasi-gergasi gas.




Sejak penemuannya pada tahun 1930 hingga tahun 2006, Pluto dianggap sebagai planet kesembilan dalam Sistem Solar. Namun di penghujung abad ke-20 dan awal abad ke-21, banyak objek serupa Pluto ditemui di bahagian Sistem Solar yang jauh, terutama sekali Eris (dulu dikenali sebagai 2003 UB313), yang lebih besar dari Pluto. Pada 24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) secara rasminya menuruntarafkan Pluto daripada sebuah Planet menjadi sebuah planet kerdil.




Menurut kaedah baru sesuatu planet mesti mempunyai 3 kriteria iaitu;
  1. Ia mesti mengorbit Matahari;
  2. Ianya mestilah cukup besar sehingga mengakibatkan graviti menariknya menjadi bentuk bulat, dan;
  3. Ia mestilah menyahkan objek-objek lain dari persekitaran orbitnya. Selain dari Pluto, Ceres iaitu objek terbesar di lingkaran asteroid; dan Eris, yang terletak di kawasan objek berselerak di luar lingkaran Kuiper juga dimasukkan dalam kategori planet kerdil.



99.86% daripada jisim Sistem Solar terdiri daripada Matahari. Daripada 0.14% jisim yang tinggal lebih 90% terdiri daripada jisim dua planet yang terbesar, Musytari dan Zuhal.




Ruang Antara Planet




Jika mengikut ukuran, sebahagian besar Sistem Solar kelihatan seperti ruang kosong. Ini bukan semata-mata ruang kosong, sebaliknya ruang kosong ini terdiri daripada apa yang dikenali bahan-bahan antara planet (interplanetary).  Ia termasuk berbagai bentuk tenaga dan sekurang-kurangnya dua komponen iaitu;



·     Debu antara planet - terdiri daripada partikel-partikel mikroskopik pepejal.

·     Gas antara planet - aliran gas dan partikel bercaj yang halus, (sebahagian besarnya proton dan elektron – yang terpancar dari Matahari, dan juga dikenali sebagai angin solar)




Pertembungan antara angin solar dan medium antara bintang, iaitu angin solar dari bintang-bintang lain, dikenali sebagai heliopause. Ia adalah sempadan yang secara teorinya berbentuk bulatan atau berbentuk titisan airmata, dan menandakan berakhirnya pengaruh Matahari, iaitu satu jarak kira-kira 100 AU jauhnya dari Matahari.




Ahli kaji bintang biasanya mengukur jarak dalam Sistem Solar menggunakan unit astronomi (AU). Satu AU ialah jarak antara Bumi dan Matahari, kira-kira 149,598,000 km (93,000,000 batu). Utarid (0.4 AU) ialah planet terdekat dengan Matahari.  Selepas itu ialah Zuhrah, kira-kira 0.7 AU dari Matahari.  Kedua-dua Utarid dan Zuhrah tiada bulan sendiri. Planet seterusnya ialah Bumi, pada jarak 1 AU.  Selepas Bumi ialah Marikh (1.5 AU) dengan dua bulan kecil, Deimos dan Phobos.




Empat planet-planet terestrial ini biasa dikenali sebagai planet dalaman.  Selepas Marikh wujud satu lingkaran asteroid, terletak kira-kira 2.3 dan 3.3 AU dari Matahari. Saiz asteroid berbeza dari sebesar yang berdiameter beratus kilometer hinggalah sehalus debu. Yang paling besar, Ceres, diklasifikasikan sebagai satu planet kerdil. Selepas lingkaran asteroid terletaknya gergasi-gergasi gas. Yang paling besar ialah Musytari, pada jarak 5.2 AU dari Matahari. Musytari mempunyai 63 bulan.  Empat yang terbesar, Ganymede, Callisto, Io, dan Europa mempunyai persamaan dengan planet-planet terestrial, seperti gunung berapi dan haba dalaman.  Ganymede, bulan terbesar dalam Sistem Solar, lebih besar dari Utarid.




Planet kedua terbesar ialah Zuhal, pada jarak 9.5 AU dari Matahari. Zuhal mempunyai 60 bulan yang diketahui.  Selepas Zuhal terletak Uranus (19.6 AU), diikuti oleh Neptun (30 AU). Kawasan selepas Neptun, yang biasa dikenali sebagai kawasan luaran Sistem Solar atau wilayah trans-Neptun, sebahagian besarnya masih belum diterokai.  Lingkaran Kuiper, formasi pertama wilayah ini, ialah satu lingkaran serpihan serupa seperti lingkaran asteroid, tetapi terdiri daripada ais.  Ia berjarak dari 30 AU ke 50 AU dari Matahari.  Objek terbesar di lingkaran Kuiper ialah Pluto (purata 39 AU dari Matahari).

Wednesday 19 September 2012

  Assalammualaikum.Selamat datang ke laman blog saya.