Gerhana
Semasa pergerakan bulanannya mengelilingi Bumi, Bulan kadang-kala terpaksa melalui depan Matahari. Pada ketika itu bahagian gelap Bulan berputar ke arah bumi, sebagaimana ditunjukkan di dalam gambarajah; dan oleh kerana bahagian ini tidak memancar, Bulan tidak kelihatan. Ketika mana ia bergerak antara Bumi dan Matahari, ia melindungi sebahagian permukaan matahari,Semasa peredaran bulanannya mengelilingi Bumi, Bulan kadang-kala mesti melintas di hadapan Matahari. Pada ketika itu, bahagian gelap bulan menghadap ke arah bumi, dan disebabkan bahagian ini tdak membalikkan cahaya, bulan tidak dapat dilihat. Ketika ia bergerak antara Bumi dan Matahari, ia menutup sebahagian permukaan Matahari, bayangan berbentuk gigitan kelihatan pada permukaan Matahari, dan ia bertambah besar ketika gerhana berterusan. Sekiranya Bulan menutup Matahari sepenuhnya, gerhana penuh berlaku dan atmosfera Matahari kelihatan seketika dengan gambaran mengkagumkan.
Biasanya ia mustahil untuk melihat atmosphera Matahari dengan mata kasar atau dengan teleskop biasa, kerana ia ditenggelami oleh silauan Matahari itu sendiri. Bagaimanapun, apabila Bulan bertindak sebagai tabir, gambaran sepenuhnya terdedah—gas bak kilauan permata yang memancar yang dikenali sebagai korona, dan juga suar merah menyala yang menjulang dari permukaan suria. Kesemua gerhana penuh berlaku dalam tempoh skitar lapan minit. Sebaik sahaja sebahagian daripada bahagian matahari keluar, korona dan julangan tersebut tenggelam; dan Bulan bergerak tenang dalam peredarannya, dan gerhana pun tamat.
Walaupun orang-orang Cina mempercayai bahawa seekor naga sedang cuba menelan matahari, dan mereka perlu menghalau naga tersebut dengan menjerit, memukul gong, dan periuk bagi membuat bising, mereka tahu bahawa setiap gerhana akan diikuti oleh gerhana berikutnya setiap lapan belas tahun dan sebelas hari kemudian, dan dengan mengira dengan menggunakan tempoh Soros mereka boleh bersedia. Kadang kala kesilapan berlaku, dan terdapat satu kisah mashyur mengenai dua orang pakar astronomi istana malang, Hsi dan Ho, yang dihukum bunuh kerana gagal menjangka gerhana matahari. Ia mungkin sekadar lagenda, tetapi tidak dipertikaikan lagi bahawa ramalan gerhana telah dibuat oleh manusia yang hidup 4,000 tahun dahulu.
Gerhana matahari tidak berlaku setiap bulan, kerana laluan atau orbit bulan jelas menyenget, dan dalam kebanyakan kes bulan yang gelap, oleh itu tidak dapat dilihat melintasi dibahagian atas atau di bawah Matahari di langit, dengan itu tiada gerhana berlaku.
No comments:
Post a Comment